KATAKAN TIDAK KEPADA LEGGING DAN JEGGING
Sunday, 3 July 2011 | 1 comments
Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana kita masih di panjangkan umur untuk terus bernafas di bumi ini dan terus beribadat kepada Allah.
Sejujurnya usaha ini memang patut di beri perhatian sewajarnya oleh kita kalau kita rasa diri kita ini tergolong dalam golongan orang Islam. Mungkin ada ada yang mempertikaikan teguran yang agak keras di dalam gambar-gambar tersebut tetapi kita harus juga menyedari hakikat yang tidak semua orang 'makan' nasihat yang lembut.
Masih ramai wanita Islam pemakai legging di luar sana adalah kategori tidak peduli, degil dan obses fesyen. Adakah mereka akan kisah dengan nasihat-nasihat yang terlalu berlembut yang dilambakkan kepada mereka ? Jika nasihat baik-baik berkesan, kenapa trend ini semakin menjadi-jadi ? Mungkin kerana pihak sekeliling terlalu berlembut.
Memetik dari isi kandungan blog tersebut, pemilik blog menyarankan kepada kita agar jangan mudah terpedaya dengan alasan-alasan yang sering dilontarkan segelintir individu yang kononnya menggambarkan bahawa mereka setuju dengan kepentingan memelihara aurat, tetapi alasan-alasan tersebut adalah agar supaya masyarakat sekeliling menghalalkan pakaian-pakaian seksi untuk satu tempoh masa tertentu kononnya sebelum mereka benar-benar berubah. Di antara alasan-alasan yang sering di berikan ialah :-
1. Pakai penuh tutup aurat belum tentu masuk syurga pun.
2. Pakai legging, tetapi hati baik, OKlah tu..nobody's perfect..
3. Pakai legging suka-suka sahaja...bila sampai masa nanti berubahlah..
4. Tiada manusia yang sempurna...semua manusia lakukan kesilapan..
5. Legging...? Biasalah fesyen orang muda..nanti bila tua insaflah..
6. Legging..? Bukan tak mahu tutup aurat sepenuhnya...belum bersedia..nanti Insyaallah..
7. Jangan kutuk orang pakai legging nanti dapat dosa...kamu itu baik sangatkah..?
8. Pakai legging nak nampak cantik...biasalah perempuan suka berhias..
9. Biasalah fesyen...lama-lama nanti hilanglah..

Tahukah anda, apabila wanita-wanita pemakai legging membaca post yang mengkritik pedas fesyen legging mereka, mereka ini akan terasa pedih di hati. Siapa makan cili dia rasa pedas. Mereka akan terasa bahawa legging yang dipakai mereka sangat dipandang keji oleh masyarakat. Akibat datangnya 1,2,3 komen yang secara 50% membantah trend legging dan secara 50% pula memenangkan @ mem"back-up" wanita-wanita pemakai legging, akhirnya mereka ini termotivasi semula untuk kembali memakai legging kerana menyedari ada pihak yang masih sudi bertoleransi dengan mereka.
Entry ini bukan berniat untuk tunjuk alim-macam bagus sangat sibuk nak tegur pakaian orang lain tetapi sebagai teguran dan peringatan untuk diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan tersayang. Kadang-kadang kita tak suka bila orang sibuk-sibuk nak tegur kita depan-depan. Jadi harapan tulus ikhlas di hati ini ialah semoga akan terbuka hati sesiapa yang membaca entry ini untuk berubah menjadi muslimah yang tidak lagi memakai legging kerana pemakaian legging tidaklah terlihat cantik sangat pun di mata orang lain.
"Tegur bukan kerana marah, teguran itu tandanya sayang"